Sep 6, 2004

Adeq Lelakiku Sakit

Henponku bebunyi lagu "Hat Dance", aku dikejutkan ngan panggelan kecemasan dr kawan skolah adeqku yg mengatakan adeq lelakiku sakit. Aku dan ayahku begegas ke skolah tuk menjenguknya. Tiba d sana, aku melihat kengkawan adeqku sedang mengerumuninya dan keadaannya nampak teruk. Aku bependapat adeqku brada lam keadaan x sedar, puas aku memanggil namanya dan ayahku menyuruhnya mengucap, namun tiada respon drnya. Lantas, ayah aku tekumat-kamit membaca ayat suci al-quran, kemudian kami membawanya ke bilik kecemasan Hospital Kemaman. Tanpa menghiraukan jalan raya yg sesak, aku memasang lampu kecemasan dan terus memandu ngan laju.

Adeqku ditolak masuk ke bilik kecemasan dan dier diberi bantuan penafasan. Tekanan darahnya naik mendadak dan aku sungguh cemas ngan keadaan itu. Walopun gitu, airmaterku setitis pun lum keluar. Aku pelu tabah tuk menghadapi sebrg kemungkinan. Hampir 3 jam berada di wad kecemasan, adeqku dimasukkan ke wad kira-kira jam 4.15 ptg.

Aku tekilan ngan sikap guru yg mengajo adeqku semasa dier sakit. Ntah mengaper, guru tesebut skadar memberikan adeqku panadol tetapi langsung tidak mengambil inisiatif tuk menghantar adeqku ke hospital sedangkan keadaanya pada masa tuh amat serius. Darah aku mendidih biler mengenangkan peristiwa tuh. Jangan bagi aku jumper cekgu tuh, kang x pepasal hader yg kener serang ngan ayat laser aku. Aku tak dapat mengawal kemarahan aku. HuH!!!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.