Dec 31, 2006

Hari Raya Aildil Adha 1427 Hijriah

Selamat Hari Raya Aidil Adha a.k.a Hari Raya Qurban. Semoga ibadah qurban anda pada pada tahun ini diterima Allah Taala. Walaupun dunia dikhabarkan ngan berita duka kematian Saddam Hussein Abd al-Majid al-Tikriti, mudah-mudahan anda semua ceria sokmo di samping keluarga tersayang. Maaf jua dipinta andai ade kekhilafan sepanjang blog ini beroperasi di layar maya. Semoga Allah memberikan Haji Mabrur kepada saudara seislam kita yang sedang menunaikan ibadah haji.


KELEBIHAN IBADAH KORBAN

Amalan menyembelih korban merupakan satu ibadah sunat yang dikerjakan pada setiap hari Raya 'Idul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban iaitu pada 10,11 12 dan 13 Zulhijjah.

Binatang-binatang korban itu pula terdiri daripada unta, lembu, kerbau atau kambing. Ibadat ini menjadi bukti keikhlasan dan kesetiaan serta ketaatan hamba kepada Allah. Melaksanakan ibadah mempunyai banyak kelebihan yang dikurniakan oleh Allah. Dengan berkoban kita mendapat tempat yang mulia di sisi Allah, sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam sabdanya bermaksud :

" Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya. Sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia disisi Allah 'Azza wajalla"
( hadis riwayat Thabarani)

Berkorban juga boleh menebus dosa-dosa kita iaitu dengan setiap titisan darahnya , sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah bermaksud :

"Hai Fatimah berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atau dosa-dosamu "
( Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban )

Binatang -binatang yang dikorbankan tersebut akan menjadi tunggangan atas titian (sirat ) pada Hari Kiamat, sepertimana dipetik daripada kitab Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :

"Perbesarkanlah oleh kamu akan sekalian korban kamu kerana bahawasanya ia jadi tunggangan kamu atas titian pada Hari Kiamat."

Bulu binatang yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan sebagaimana menurut sebuah hadis bermaksud :

"Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan"
( Hadis riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim )

Jika diperhatikan daripada keterangan di atas, jelas bahawa keseluruhan amalan atau pekerjaan yang berhubung-kait dengan ibadah korban itu, mempunyai kelebihan yang sangat besar kepada orang yang melakukan ibadah korban itu. Bermula daripada perbuatan menyembelih, menyaksikan penyembelihan, darah, bulu, dan memperbesarkannya semuanya akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Sumber : Al Hadaf


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.