Mar 16, 2007

Usia Dalam Perhubungan

Tidak lama lagi iaitu pada penghujung bulan ini, sepupu penulis bakal bernikah. Sepupu penulis ini masih lagik muda remaja, baru saja menginjak ke usia 22 tahun ( belum pun cukup 22 tahun kalo ikut bulan ) manakala pasangannya pula mungkin sudah berusia pertengahan 30an atau awal 40an. Ntahlah penulis sendiri tidak pasti tentang umur sebenarnya. Cuma penulis difahamkan, bakal suaminya lebih tua dari penulis.

Topik kali ini penulis ingin membicarakan soal umur dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Lazimnya, wanita lebih gemar memilih lelaki yang lebih tua beberapa tahun daripada mereka. Lelaki juga begitu, isteri mereka selalunya lebih muda sedikit dari mereka. Ada juga lelaki yang tidak kisah jika isterinya lebih berusia, namun kes sebegini tidak begitu berleluasa.

Penulis sendiri tidak kisah jika jodoh penulis nanti, usianya lebih tua atau lebih muda dari penulis. Sebaya pun tidak mengapa. Sebabnya, penulis lebih mementingkan kualiti perhubungan itu daripada mempersoalkan tentang usia. Apalah ertinya usia yang kita rasa sudah cukup untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab tetapi rupa²nya masih punya jiwa remaja.

Penulis sendiri pernah berdepan dengan lelaki yang lebih muda dari penulis tetapi cukup matang dari segi jati dirinya. Punya pandangan dan perlakuan yang cukup menyakinkan untuk menjadi seorang ketua keluarga. Nah, kalo pada masa itu, penulis sedang memilih calon suami, tentu saja jawapannya ialah lelaki yang lebih matang itu. Apa pula kata anda?? Adakah anda masih mempersoalkan tentang usia tanpa mengira perwatakannya atau anda mahu pasangan anda yang terbukti mampu memikul tanggungjawab meski pun usianya lebih muda dari anda??

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.