Apr 15, 2007

Juara Pertandingan Bercerita

Tahniah buat dua orang pelajar SK. Ibok yang memenangi pertandingan bercerita Bahasa Melayu peringkat sekolah. Alhamdulillah, berkat doa guru² dan ibu bapa mereka, kedua² pelajar ini yang mewakili tahap 1 dan tahap 2 telah berjaya mengungguli pertandingan tersebut sebagai juara. Syuhaibah Syafiqah mewakili tahap 1 manakala Anis Najihah yang merangkap anakanda kepada Ustazah Nur Akma pula memenangi untuk kategori tahap 2.

Penulis berasa bangga dengan pencapaian kedua² pelajar ini. Mereka bukan saja mengharumkan nama SK Ibok malah memartabatkan SK. Ibok sebagai sebuah sekolah yang disegani di mata masyarakat umum dan para pendidik khasnya. SK. Ibok sekolah luar bandar yang sederhana jumlah pelajarnya telah muncul sebagai juara mengalahkan sekolah² di bandar. Satu pencapaian yang penulis kira cukup membanggakan.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.