Apr 20, 2007

Lagu Tema Terengganu - Impianku

Lagu tema baru negeri Terengganu. Penulis sebenarnya penah dengar melodi lagu nih tapi tatau plak yang ianya adalah lagu terbaru negeri kami. Setelah membacanya di Forum TKO, barulah penulis maklum tentangnya. Jadi, penulis warwarkan di sini tuk makluman anak² Terengganu yang belum tau. Maklumlah, bukan semua orang punya masa untuk mengetahui perkembangan terkini walaupun di negeri sendiri. Dengarkan dan watlah penilaian anda seniri. Layannnn!!!

Impianku

Terengganu, negeriku
Tanah berdaulat, penuh semangat
Semua impian, lama kusimpan
Pasti kujadikan, ia kenyataan
Akan ku melangkah
Dengan semangat kental di hati
Tak kan ku mengalah
Tunaikan janji yang terpatri
Terengganu Maju- impianku

Impian ini, bukan fantasi
Ia realiti, berkat Ilahi
Kusahut cabaran, gapai kejayaan
Bukti kemampuan, genggam harapan
Tiada halangan
Pahat sejarah yang cemerlang
Hanya peluang
Bina tamadun yang gemilang
Terengganu Maju-impianku
Terengganu Maju-impianku

Ulang:

Bukan fantasi
Ia realiti, berkat Ilahi
Kusahut cabaran, gapai kejayaan
Bukti kemampuan, genggam harapan
Tiada halangan
Pahat sejarah yang cemerlang
Hanya peluang
Bina tamadun yang gemilang
Terengganu Maju-Impianku
Terengganu Maju-Impianku

Ilham dan Konsep Asal : YAB Dato’ Seri Haji Idris Jusoh
© Hak cipta terpelihara – Pejabat Menteri Besar Terengganu

Anda mahu memuatturun lagu ini?? Klik saja pada pautan dibawah.

:: Download | Lagu Tema Terengganu - Impianku :: [ Klik kanan ]

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.