Aug 28, 2007

Alternatif Kepada Adobe Photoshop



Seperti yang penulis janjikan kepada AnGeL iN DisGuiSe, kali ini penulis mahu berkongsi satu perisian yang sangat bagus untuk mempelbagaikan teknik mengedit gambar. Kebanyakkan orang menggunakan Adobe Photoshop untuk melakukan pelbagai teknik menarik ke atas gambar tetapi penulis tidak tahu menggunakan perisian tersebut. Justeru, penulis mencari alternatif lain untuk mengedit foto dan hasilnya terpapar di atas setelah penulis melakukan teknik Effect pencil-drawing. kenyit

Perisian yang penulis gunakan ini mempunyai pelbagai teknik menarik yang boleh dipraktikkan ke atas foto kegemaran anda. Tutorialnya juga mudah dan senang untuk difahami. Anda tidak seharusnya berasa sedih lagi kerana tidak pandai menggunakan Adobe Photoshop kerana kini anda juga boleh mengedit foto anda dengan kreativiti anda tersendiri. Paling penting, ianya mendapat sentuhan jari anda dan pamerkan kepada rakan² anda. Lebih mengagumkan lagi, perisian ini adalah percuma. Perisian ini juga mempunyai plug in untuk anda pasang sekiranya anda sudah mahir menggunakannya. Teruja untuk mengedit foto anda sendiri?? Dapatkan perisian Photo Filtre sekarang juga. encem

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.