Nov 27, 2007

Muatturun Dari Youtube


Penulis sering memuatturun video dari Youtube untuk disimpan sebagai koleksi peribadi. Ada diantara video² tersebut penulis tukarkan ke dalam format .avi, .mp3 atau .3gp jika penulis ingin masukkan ke dalam telefon bimbit. Penulis ingin memperkenalkan sebuah laman web yang sering penulis gunakan untuk penukaran format dari .flv kepada format lain. topi


Laman ini membolehkan anda menukar format .flv kepada 5 format berlainan. Antara khidmat yang ditawarkan ialah format .avi,.mov, .mp4, .3gp dan .mp3. Anda cuma perlu tampalkan url video yang anda kehendaki di dalam kotak yang disediakan. Kemudian, pilih format yang anda kehendaki. Sila layari laman web Vixy untuk tujuan tersebut. senyumkenyit

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.