Jun 25, 2009

Blog Pilihan : Dilarang Melarang



Walaupun penulis adalah bloggers tetapi penulis juga suka membaca blog orang lain. Penulis mempunyai terlalu banyak blog kegemaran, ada masanya penulis menghabiskan banyak masa untuk menyelongkar setiap topik yang ditulis oleh pemiliknya. Justeru, jika orang lain memberikan pelbagai anugerah (award) untuk blog yang mereka suka, penulis pula akan membuat ulasan ringkas tentang blog tersebut sebagai tanda penulis menyokong blog tersebut.


Sebagai blog pemecah tanah untuk kategori baru ini, penulis memilih blog Encik Marzuki Jalil yang juga merangkap guru blog penulis. Seperti diketahui umum, blog yang diberi nama Dilarang Melarang ini berkisar tentang tutorial untuk pengguna Blogspot dan Wordpress selain paparan kisah peribadi penulisnya. Dahulunya penulis blog ini popular dengan BlogMenjerit tetapi malangnya blog itu telah tamat tarikh luputnya.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog, anda digalakkan untuk membaca blog tersebut. Mungkin ada sesuatu yang dapat anda kutip di sana. Untuk blog pilihan penulis pada topik akan datang, mungkin blog anda terpapar di sini. Jadi, rajin²lah berkunjung ke blog ini. Selamat melayari blog DilarangMelarang.

2 Comment

Amoi Thu Jun 25, 09:59:00 PM

pomot la blog amoi lak =))

Eriyza Fri Jun 26, 11:02:00 AM

[a.m.o.i] ™ : Kena laa bg upah tuk promosi percuma. Hehehe!!! =))

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.