Oct 9, 2009

Hoskan Fail Di Supload


Topik kali ini penulis ingin berkongsi satu lagi laman sesawang yang membolehkan anda menghoskan fail² seperti gambar, audio dan juga video. Anda boleh memberikan pautannya kepada rakan² lain untuk dimuatturun. Ianya boleh digunakan secara percuma dengan atau tanpa mendaftar.


Anda boleh memuatnaik gambar dari komputer atau mengambilnya dari laman sesawang lain. Gambar² itu juga boleh dimuatnaik dalam bentuk zip. Ia menyokong fail berformat .wmv, .mov, .qt, .mpg, .mpeg, .avi, .asx, .asf, .3gp untuk video dan .wav, .midi, .mp2, .mp3, .ram, .wma, .m4a, .mp4 untuk audio.

Ini adalah contoh fail yang telah penulis muatnaik. Silalah muatturun.

Video - Richie Ren

Audio - Simply Sunday

Dengan kebolehannya menyimpan pelbagai format, ia memudahkan kerja anda untuk memuatnaik fail² yang berlainan. Anda bolehlah mencuba perkhidmatan ini di Supload.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.