Oct 28, 2010

Komen Menjadi Lebih Mudah Dengan Easy Comment


Adakah anda gemar menulis komentar di blog rakan² anda tetapi malas hendak mengisi borang komen yang tersedia di blog mereka seperti nama samaran, alamat email dan juga laman sesawang. Jangan risau, kini anda boleh mengisi borang tersebut dengan mudah dengan Add on Firefox..


Anda cuma perlu menginstall add on Easy Comment ke dalam browser Firefox anda. Kemudian, tekan butang Create Profile dan buat profil baru dengan memasukkan semua maklumat yang diperlukan seperti nama, laman sesawang dan email. Setelah siap, klik pada Return to Main Window.

Selepas ini, setiap kali anda ingin menulis komen pada blog lain, anda cuma perlu klik pada butang Easy Comment yang berada di sudut bawah belah kanan Firefox anda. Semua maklumat akan terisi dengan cepat. Selamat mencuba.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.