Dec 20, 2010

Blogspot Memperkenalkan Template Telefon Pintar


Pertumbuhan pesat teknologi telefon pintar turut menyebabkan para pembangun blog berpelantarkan Blogspot bekerja lebih keras. Mereka menyedari pada masa kini, blog² mula diakses melalui telefon pintar. Oleh kerana skrin telefon pintar terlalu kecil untuk memaparkan keseluruhan isi blog, kru Blogspot telah mengeluarkan template khusus untuk para pembaca yang mengakses blog² melalui telefon pintar.

Untuk mengaktifkan fungsi terbaru ini, anda perlu mengikut langkah di bawah :-

1 Login ke Blogger in Draft.

2. Pilih Dashboard - Settings - Email & Mobile.

3. Pada bahagian Show mobile template, klik pada Yes, On mobile devices, show the mobile version of my template.

4. Save Settings.

Siap.

Selamat mencuba. Lihatlah rupa blog anda melalui telefon pintar, pasti ianya lebih menarik.

Via : Blogger in Draft

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.