Mar 14, 2011

Muzik Tanpa Henti Di Oh! Media FM


Oh! Media telah melancarkan radio internetnya iaitu Oh! Media FM secara rasmi berkuatkuasa 10 Mac lalu. Oh! Media FM ini direalisasikan dengan kerjasama CGYNet. Sebelum pelancarannya, penulis berkesempatan mendengar siaran percubaannya yang dibawakan secara langsung sejak 1 Mac.

Buat masa ini, seramai lapan orang Deejay dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Oh! Media FM yang beroperasi 24 jam sehari. Oh! Media juga menguar²kan bahawa Oh! Media FM akan diterbitkan sebagai radio berfrekuensi tidak lama lagi. Nantikan saja kemunculannya. Bermotokan 'muzik tanpa henti, hiburan masa kini', penulis berharap Oh! Media FM bukan sahaja menyediakan muzik yang segar malah turut diselitkan slot ilmiah bagi kebaikan bersama.

Marilah kita sama² menyokong produk keluaran anak muda kita. Seharusnya kita tumpang gembira dengan perkembangan positif dalam industri teknologi kita. Tahniah buat warga Oh! Media amnya dan peneraju utamanya, Khai Hassan.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.