Mar 23, 2011

Semak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS


Pasti adik² yang bakal mengambil keputusan SPM hari ini sedang berdebar². Setelah berhempas pulas menuntut ilmu, hasilnya akan diketahui pada hari ini. Bagi yang berat hati kaki mahu mengambil slip peperiksaan di sekolah, bolehlah menyemaknya di internet. Dengan kecanggihan teknologi masa kini , keputusan SPM boleh diperolehi dengan pantas melalui sistem pesanan ringkas atau SMS.


Cara nak SMS keputusan SPM adalah seperti berikut :

Taip SPM SEMAK >> No Kad Pengenalan >> No Angka Giliran dan hantar ke 15888
Sistem ini akan dibuka pada pukul 10:00 pagi Rabu (hari ini) hingga tengah malam 30 March 2011.

Via : Lembaga Peperiksaan Malaysia
©Eriyza : Teringat zaman merempit pergi ke sekolah untuk mengambil slip keputusan SPM. Rasa TAKUT + TERUJA bercampur baur. Semoga anak buah penulis menerima keputusan yang baik.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.