Apr 20, 2011

Projek Emel 1Malaysia


Semalam, Memanda Perdana Menteri Malaya Malaysia, Datuk Seri Najib telah mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun akan mendapat emel peribadi secara paksaan percuma mulai Julai ini. Anda boleh mengakses emel anda melalui web portal Emel 1Malaysia untuk membuat sebarang aduan urusan rasmi dengan kerajaan.

Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia yang bernilai RM50 juta itu diserahkan sepenuhnya kepada syarikat senarai Bursa Malaysia, Tricubes Bhd. Emel 1Malaysia kelak boleh digunakan untuk membayar hutang bil.

Penulis akan mendapat emel eriyza@1malaysia.com.my eriyza@myemail.my. Justeru, pakcik²/makcik² yang tidak berkesempatan belajar komputer dan tidak tahu mengakses internet, boleh mengupah anak² muda untuk membantu menguruskan akaun emel pakcik²/makcik² sekalian.

©Eriyza : Kerajaan Malaysia, jangan spam email 1Malaysia saya. Sebenarnya saya ada banyak email percuma sampai tak terpakai tapi kalau nak bagi, saya tak kisah. Tolong ye, jangan bagi email blast.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.