May 7, 2011

Facebook Membenarkan Tag Nama Ringkas


Buat anda yang gemar mengetag nama rakan² di Facebook, kini ada khabar baru lagi. Selepas membenarkan nama rakan ditag di komen, Facebook membenarkan pula anda mengetag nama rakan anda secara ringkas. Jelas tak penyampaian penulis?? Masih tak faham??

Maksudnya macam ini, penulis menggunakan nama Eriyza Qistina di Facebook, jika anda menaip @Eriyza Qistina, maka akan terbitlah tulisan berwarna biru yang membawa anda ke profail penulis. Akan tetapi, jika anda membuang nama Qistina di belakang nama penulis, tulisannya masih akan kekal berwarna biru yang melambangkan link profailnya aktif.

Seperkara lagi, kini anda tidak perlu lagi menaip @Eriyza Qistina untuk menghasilkan link profail sebaliknya dengan memulakan menaip Eriyza menggunakan huruf besar di bahagian hadapan nama, maka ianya akan aktif dengan sendirinya. Cubalah!

Via : Amanz

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.