Aug 9, 2011

Kuey Teow Ala Eriyza

Foto Ehsan : http://zh.wikipedia.org/wiki/File:Chow_Kueh_Teow.JPG

Bulan puasa ni, asyik fikir menu untuk berbuka saja. Alhamdulillah, sudah tamat 1 pusingan, tinggal lagi 3 pusingan minggu untuk memikirkan menu. Penulis bukanlah pandai masak, cuma bolehlah menyediakan masakan ringkas untuk ahli keluarga yang lain. Asalkan boleh diterima dek anak tekak, sudah! Semalam, penulis hanya membuat kuey teow goreng untuk juadah berbuka.

Penulis suka makan keuy teow tapi encek ayah kurang suka, jadi jaranglah penulis memasaknya. Resipi penulis agak ringkas kerana dicerna mengikut citarasa penulis sendiri.

Bahan²

1 bungkus kuew teow (basuh dan tos)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi (potong serong)
Isi ayam (potong kecil)
Minyak
Cili kering (kisar)
Gula
Garam
Perasa
Sos tiram
Sayur (mengikut citarasa anda)

Cara² Membuatnya

Panaskan minyak.
Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sampai garing.
Masukkan cili kering, cili padi dan sos tiram.
Masukkan daging ayam. Tumis lagi hingga garing.
Masukkan garam, gula dan perasa (jika perlu).
Masukkan kuew teow dan goreng sehingga masak.

Mungkin ada yang tertanya² mengapa penulis tidak masukkan sayur. Jawapannya kerana penulis dan adik-beradik tidak gemarkan sayur, justeru penulis tidak meletakkannya ke dalam masakan. Anda yang suka sayur, jangan lupa masukkan sawi, kucai dan taugeh.

Selamat mencuba resipi penulis. Hari ini insyaAllah penulis akan menghidangkan mee rebus sebagai juadah berbuka puasa.

2 Comment

Soleh Google ☁️ 👓 📙 Wed Aug 10, 09:36:00 AM

Salaam,
Eriyza pun ada masakan recipe..hehe

Eriyza Wed Aug 10, 04:03:00 PM

@Soleh
Wsalam. Jarang laa letak
resipi sbb tak reti masak. =)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.