Nov 3, 2011

Kata Bilangan


Ramai orang menyangka mereka telah menggunakan kata bilangan dengan tepat tetapi sebenarnya tidak. Mari kita pelajari cara yang betul untuk meletakkan kata bilangan di dalam ayat.

Kata Bilangan

a. Kata bilangan tentu mesti diikuti oleh penjodoh bilangan selepasnya.

Dua burung merpati itu sedang mematuk sekoi

Dua ekor burung merpati itu sedang mematuk sekoi


b. Kata bilangan tak tentu tidak memerlukan penjodoh bilangan selepasnya kecuali kata bilangan tak tentu beberapa;

Semua orang murid diminta berbaris di padang

Semua murid diminta berbaris di padang


c. Kata bilangan tak tentu tidak boleh disertai dengan kata bilangan pecahan selepasnya.

Mereka mengambil masa satu setengah jam untuk menyiapkannya

Mereka mengambil masa satu jam setengah untuk menyiapkannya


d. Kata bilangan tak tentu setengah-setengah tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya;

Setengah daripada penduduk kampung tidak bersetuju dengan perlantikan penghulu baru itu

Sesetengah / setengah-setengah daripada penduduk kampung itu tidak bersetuju dengan perlantikan penghulu baru itu


e. Kata bilangan tak tentu para tidak boleh digandakan kerana boleh mengubah kelas kata tersebut;

Para-para pelancong berpuas hati dengan suasana harmoni di Malaysia

Para pelancong berpuas hati dengan suasana harmoni di Malaysia


f. Kata bilangan pisahan tiap-tiap tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya;

Tiap hari dia bangun pukul 4.30pagi

Tiap-tiap hari dia bangun pukul 4.30pagi,


g. Kata bilangan pecahan mesti diikuti kata sendi daripada atau dari selepasnya dalam sesuatu ayat.

Hanya sebahagian pelajar itu hadir untuk latihan pada hari ini

Hanya sebahagian daripada pelajar itu hadir untuk latihan pada petang ini


h. Kesalahan penggunaan kata bilangan yang tidak sesuai mengikut konteks;

Walaupun Aamir Khan bangsa asing tetapi ramai penduduk di situ menyukainya

Walaupun Aamir Khan bangsa asing tetapi banyak penduduk di situ menyukainya


Nota ringkas :-

Perkataan berwarna merah merujuk kepada penggunaan kata bilangan yang salah manakala perkataan berwarna biru bermaksud penggunaan kata bilangan yang betul.

Via : Cikgu Zainuddin

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.