Dec 6, 2011

Harga Segelas Air Kosong


Nampaknya segelintir pengusaha restoran di ibu kota memang pandai berniaga. Untuk segelas air kosong, mereka meletakkan harga sehingga 80 sen segelas. Adakah penulis patut mengikut jejak langkah mereka agar harga air kosong di pantai barat dan pantai timur selaras??

Pada tanggapan penulis, segelas air kosong dicaj sebanyak 80 sen adalah melampau kerana tiada sebarang pemanis seperti gula atau susu dan juga perasa ditambah ke dalamnya. Kalau mahu dihitung sekali pun, cukuplah sekadar mengambil 20 sen.

Penulis hanya mengira 20 sen untuk air kosong jika pelanggan tidak minum air lain. Kebanyakan air kosong yang dipesan bersama air lain, penulis memberikannya secara percuma. Tradisi air kosong percuma ini sudah dimulakan sejak zaman allahyarhamah bonda penulis lagi.


“Saya memang terkejut bila tengok resit, harga air kosong adalah RM1.20 bagi dua gelas, kalau air mineral itu, tak apa juga, ini hanya air suam yang diletakkan satu atau dua ketul ais.

“Kita lihat, ada pengusaha sanggup menyediakan sajian air kosong tanpa sebarang bayaran kerana ia tidak membabitkan kos yang tinggi seperti gula mahupun perasa.” - Noralbaniah Ahmad Zakaria


© Eriyza : Suka minum skyjuice peng tidak kira siang atau malam. Sedap!

Via : Berita Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.