Dec 17, 2011

Jyoti Amge Diiktiraf Wanita Paling Rendah Di Dunia


Seorang wanita dari Nagpur, India iaitu Jyoti Amge telah diiktiraf sebagai wanita paling rendah di dunia oleh Guinness World Records. Gelaran itu dianugerahkan kepadanya pada hari kelahirannya yang ke-18 pada 16/12/2011. Jyoti hanya setinggi 61.95cm, lebih rendah dari kanak-kanak berusia 2 tahun.




Jyoti berjaya mengalahkan rekod yang dipegang oleh Bridgette Jordan yang memegang gelaran wanita paling rendah sejak September lalu dengan ketinggian 71cm. Jyoti mengalami sindrom kerdil yang dipanggil achondroplasia sekaligus membantutkan pembesarannya. Walaupun kerdil, Jyoti tidak menganggap itu satu kekurangan malah bercita-cita hendak menembusi industri filem Bollywood.

Walaupun Jyoti wanita paling pendek pada tahun 2011 tetapi gagal memecahkan rekod Pauline Musters, yang hidup di Belanda dari 1876 hingga 1895 yang hanya berketinggian 61 cm.


JYOTI AMGE

©Eriyza : Agaknya Jyoti Amge boleh membawakan watak seperti Marlon Wayans dalm filem Little Man dalam versi perempuan pula dan semestinya produk dari Bollywood.

Via : Dailymail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.