Dec 29, 2011

Khairul Fahmi Model Baru Majalah Glam


Wohoho! Anda kenal pemilik wajah di atas?? Ya, tekaan anda tepat sekali. Khairul Fahmi aka Apek telah dipilih untuk menjadi penghias muka depan majalah GLAM. Oleh kerana dikhuatiri Apek gugup beraksi seorang diri di hadapan gawang lensa, maka Anastascia telah menjadi peneman untuk mendapatkan mood seksi dan pastinya gambar ini bakal menjadi buah mulut masyarakat.

Nama penjaga gawang nombor 1 Malaysia ini memekar di bibir peminat bolasepak apabila beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan sehinggalah pasukan Harimau Muda negara merangkul gelaran Juara Sukan Sea 2011. Namun, di sebalik populariti yang diterimanya secara mendadak, pelbagai kisah negatif turut terpalit pada atlit berusia 22 tahun ini.

Dari kisah percintaan dan seterusnya putus tunang dengan gadis bernama Amie Harmelia, figura ini turut dikaitkan dengan gejala sosial bersama Dahlia Teck dan yang terbaru dia terbabit dengan isu gambar tidak senonoh dengan seorang lagi gadis, Shida Harmi.

Ekoran kontroversi yang sering dihadapinya, Apek seakan merajuk dengan melontarkan ucapan ingin bersara awal. Adakah Apek benar² serius dengan dakwaannya?? Justeru, dia telah bertukar pekerjaan dari posisi penjaga gawang kepada model pula??

©Eriyza : Apek satu²nya pemain bolasepak Malaysia yang auranya sehebat pemain bolasepak antarabangsa. Kehidupannya seringkali dikelilingi wanita dan isu sensitif tetapi sentuhannya di padang masih lagi berbisa.

Via : MyNewsHub

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.