Dec 30, 2011

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega 2011


Sejarah Sepah yang menewaskan Jozan dalam Maharaja Lawak berulang lagi, harapan penulis untuk melihat Boboi muncul sebagai pemenang tempat pertama tidak kesampaian. Ternyata tuah menyebelahi pasangan Osbon yang berjaya meraih undian sms tertinggi untuk dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2011. Tahniah diucapkan kepada Os dan Abon! Mereka turut menewaskan dua lagi kumpulan yang bersaing iaitu Saehu dan Syok.


Berikut adalah keputusan muktamad Maharaja Lawak Mega 2011 yang telah diumumkan oleh pengacara, Datuk AC Mizal.

TEMPAT 1 MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 - OSBON
WANG TUNAI RM 350,000 + TROFI SUMBANGAN ASTRO

TEMPAT 2 MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 - BOBOI
WANG TUNAI RM 250,000 + TROFI SUMBANGAN ASTRO

TEMPAT 3 MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 - SAEHU
WANG TUNAI RM 150,000 + TROFI SUMBANGAN ASTRO

TEMPAT 4 MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 - SYOK
WANG TUNAI RM 50,000 + TROFI SUMBANGAN ASTRO



OSBON : PERSEMBAHAN BEBAS


OSBON : PERSEMBAHAN MUZIKAL


BOBOI : PERSEMBAHAN BEBAS


BOBOI - PERSEMBAHAN MUZIKAL


Penulis titipkan video istimewa untuk anda tetapi mereka bukan peserta Maharaja Lawak Mega, cuma penghibur undangan. Mereka semestinya JOZAN, pengacara rasmi Raja Lawak 6. ("_")



Nak komen persembahan JOZAN boleh tak?? Rasanya mereka lebih lawak dari kumpulan otai lain yang bertanding di Maharaja Lawak Mega 2011. Gandingan mereka memang tip top, sukar ditandingi. Love both of them! ♥

©Eriyza : Menonton sekadar menghilangkan rasa bosan. Tidak kisah sangat kumpulan mana menang antara Osbon dan Boboi sebab semua peserta dapat wang tunai dan trofi. Penonton dapat apa??

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.