Dec 12, 2011

Selamat Berangkat Pulang Sultan Mizan


Sekitar bandar Chukai, banyak banner digantung sempena keberangkatan pulang DYMM Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Baginda menamatkan tugasnya sebagai Yang Dipertuan Agong ke-13 pada 12 Disember 2011 setelah menyandang jawatan ini selama 5 tahun semenjak 13 Disember 2006. Siang tadi, baginda telah selamat berangkat pulang ke negeri Terengganu Darul Iman untuk meneruskan tugas baginda selaku Sultan Terengganu yang ke-16.

Selaku rakyat negeri Terengganu, patik merafak sembah takzim ke atas tuanku berdua. Doa dan harapan agar negeri Terengganu Darul Iman terus makmur di bawah naungan Tuanku Mizan Zainal Abidin. Selamat bersemayam di atas takhta negeri, Tuanku! Daulat Tuanku!


LAGU NEGERI TERENGGANU - SELAMAT SULTAN



Allah daulatkan Tuanku Sultan,
Terengganu Darul Iman,
Allah peliharakan Tuanku Sultan,
Sejahtera sepanjang zaman,
Allah rahmatkan Tuanku Sultan,
Memerintah rakyat aman.

Translation

God sanctify the reign of our lord the Sultan,
Terengganu the abode of faith,
God protect his majesty,
Blissful throughout his reign,
God bestow mercy upon his majesty,
Govern the people in peace.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.