Dec 29, 2011

Warkah Biru Untuk Kamu


Awak, semalam saya telefon awak tapi gagal sebab Maxis buat hal. Saya jadi resah sebab di saat saya ingin maklumkan awak sesuatu, talian telco pula bermasalah. Saya cuba hantar sms pula, tidak berjaya juga. Justeru, saya memaksa diri untuk tidur. Puas mata dipejam, namun kantuk tetap tidak kunjung datang. Bosan berkalih tubuh ke kiri dan kanan, saya bangun dari katil empuk. Buat kali ketujuh, saya mendail lagi nombor awak, kali ini telefon awak pula ditutup. Tak mengapa, esok masih ada, saya memujuk diri sendiri. Saya sedih. Ya, hati saya pedih!

Awak, hari ini baru saya berpeluang berbual dengan awak. Sebahagian hajat saya sudah terlaksana, saya dengar suara awak ceria di hujung talian bila lagu itu saya nyanyikan untuk awak. Hanya sekejap tapi cukup membuatkan saya bahagia. Waktu pagi, awak memang sibukkan?? Seperti biasa, awak pasti berkata, "nanti saya call awak". Saya faham, saya tak marah. Betul... saya tak marah cuma terkilan sikit sebab awak sering telefon saya lama, selalunya hampir 1 jam walhal saya telefon awak tak sampai 10 minit. Lagi satu, awak sudah telefon saya 30 kali, saya baru telefon awak 3 kali. Tak adilkan??

Awak, saya ingin melaungkan kuat² yang saya sangat sayang pada awak. Serius! Saya tak main². Awak tak pernah tahu, bukan?? Awak takkan tahu kerana kata² itu hanya saya luahkan berulang kali di dalam hati. Saya tidak berani untuk menyatakannya kepada awak. Sudahnya, saya kesal. Saya menyesal. Apakah yang perlu saya buat agar awak tahu saya suka awak??

Selamat Hari Lahir buat awak yang saya kasihi. Semoga Allah permudahkan semua urusan awak di dunia dan akhirat. Semoga awak sentiasa sayang saya sampai bila². (*_*)




©Eriyza : Awak tak tahu saya ada blog, jadi awak takkan baca topik luahan hati saya ini. Perlukah saya beritahu awak alamat blog ini agar awak dapat mengetahui perasaan saya?? ("_")

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.