Jan 12, 2012

1 Sitemeter Dikongsi 4 Blogger


Pada mulanya penulis tidak mahu menulis tentang topik ini tetapi apabila teguran penulis kepada BLOG A tidak diendahkan malah dipadam dari Shoutmixnya tidak lama dahulu, maka penulis fikir sesuatu perlu dilakukan untuk menyedarkan mereka.

Pembaca penulis sudah maklum bahawa BLOG ERIYZA bukanlah blog popular di pasaran Malaysia mahu pun dunia. Pencapaian blog ini juga sederhana dari segenap sudut tetapi penulis tetap bangga dengan pembaca blog ini yang tidak putus² memberi sokongan.

Malangnya di dalam suasana datang dan pergi pelawat ke blog ini, ada yang mengambil kesempatan untuk meminjam [baca: menggunakan tanpa izin] SITEMETER penulis. Tanpa sekelumit rasa bersalah, mereka menggunapakai barang [baca: sitemeter] penulis seolah² ianya aksessori blog mereka. Paling penulis kesali, bukan SEORANG tetapi TIGA orang BLOGGERS berlainan yang telah menyalahgunakan SITEMETER penulis.

Bukan cakap kosong, penulis sertakan sekali BUKTI yang kukuh. Cuba anda perhatikan pada JUMLAH PELAWAT SITEMETER BLOG ERIYZA dan JUMLAH PELAWAT SITEMETER 3 BLOG di bawah, semuanya sama iaitu 196 198. Manakan mungkin jumlah pelawat pada 4 BLOG YANG BERLAINAN adalah sama?? Kami bukannya MADU KEMBAR 4.


BLOG A adalah blog pertama yang penulis kesan menggunakan SITEMETER milik penulis. Penulis pernah menegurnya agar membuang SITEMETER tersebut tetapi tidak dipedulikan.


Mesej penulis pula dipadam terus dari Shoutmixnya setelah penulis membuat semakan ke BLOG A pada hari berikutnya. Sebentar tadi penulis masuk ke blognya dan tulisan akhir ialah pada 22 Okt 2011.


BLOG B dipercayai mempunyai hubungan dengan BLOG A. Pada perkiraan penulis, mungkin BLOG A yang memasang SITEMETER penulis di BLOG B. Pos terbarunya ketika penulis membuat topik ini bertarikh 2 Jan 2012.


BLOG C pula adalah blog yang baru penulis kesan turut menggunakan SITEMETER penulis. Entri terakhirnya adalah pada 13 Jun 2009, bermakna pemiliknya sudah lama tidak mengemaskini blog.

Penulis tidak akan menulis alamat 3 BLOG tersebut kerana penulis tidak mahu mengaibkan mereka. Cuma, penulis berharap mereka dapat membuang SITEMETER BLOG ERIYZA dari BLOG masing². Jika anda tidak tahu cara untuk mendaftar SITEMETER, penulis tidak lokek ilmu untuk mengajar anda. Hubungi penulis pada bila² masa dan penulis bersedia membantu anda untuk menggunakan SITEMETER anda sendiri.

Oh, mungkin anda hairan mengapa ketiga² blog turut mempunyai PENJEJAK ALAMAT IP, jawapannya cukup mudah. Ia adalah kerana penulis pernah menggunakan widget penjejak alamat ip tersebut dan penulis fikir mereka cuma salin dan tampal sumber kod blog penulis ke dalam blog mereka.

©Azurie : Siapa sangka siapa menduga, sitemeter blog picisan karya gadis pingitan seperti Cik Azurie pun ada juga yang nak tiru. Bukannya popular pun. Hmmm...

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.