Jan 20, 2012

Ally Iskandar Mengahwini Farah Lee


Jumaat bersamaan 20 Januari 2012 bersamaan 26 Safar 1433 Hijriah, satu lagi 'masjid' terbina. Ally Iskandar, 36, telah memilih Nur Farahin, 23, sebagai suri hidupnya dengan disaksikan oleh kaum keluarga dan handai taulan. Pasangan sejoli ini dinikahkan oleh Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan kadar mas kahwin sebanyak RM250 tunai di Masjid Kristal, Terengganu.


VIDEO PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR ♥ NUR FARAHIN

Memakai pakaian sedondon berwarna putih, majlis pernikahan pasangan pengantin yang comel ini dipermudahkan Allah. Tanpa mendedahkan sebarang wang hantaran, Farah mendapat sebuah rumah di Damansara, Kuala Lumpur sebagai hadiah daripada Ally. Selain itu, dia juga menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Sementara, Ally menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Antaranya sepersalinan pakaian lelaki, manisan, sejadah dan jubah, bunga rampai dan iPhone. Penulis hadiahkan gambar² pernikahan mereka kepada anda.


Buat yang ketinggalan, anda juga boleh melihat gambar² semasa Ally Iskandar sedang dinikahkan. Jangan lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Ally Iskandar dan isterinya, Farah Lee di Facebook.

©Azurie : Sama cerdik, sama kecik. Suami kacak, isteri cantik.

Via | Photo : Beautiful Nara | Oh! Artis

2 Comment

hana Fri Jan 20, 06:14:00 PM

so sweet..
comel banget..

Eriyza Fri Jan 20, 07:43:00 PM

@hana:
Ya, nampak sepadan.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.