Jan 29, 2012

Aznil Haji Nawawi Berkerusi Roda


Pengacara No.1 Malaysia, Haji Aznil Haji Nawawi telah terseliuh kaki kerana tersalah langkah ketika berada di dalam bilik air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu. Ekoran kejadian itu, Aznil harus menggunakan tongkat dan berkerusi roda sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak.

Aznil tetap meneruskan tugasnya sebagai juri program realiti On Air yang baru diperkenalkan terbitan Astro yang mengadakan uji bakat di Hotel Merdeka Palace, Sarawak.


"Saya benasib baik apabila pihak keselamatan lapangan terbang menyediakan kerusi roda untuk memudahkan saya bergerak ke pesawat."

"Saya akan berjumpa doktor selepas habis uji bakat. Walaupun kaki saya berdenyut-denyut tetapi saya dapat laksanakan juga tanggungjawab saya ini."


Petikan kata² Aznil Haji Nawawi dari mStar


Sikap bertanggungjawab Aznil wajar dipuji kerana sanggup menahan kesakitan kaki yang berdenyut dengan hanya mengambil ubat menahan sakit. Bayangkan, jika dia membatalkan jadualnya pada hari tersebut, tentu berlaku banyak kesulitan kepada pihak penganjur dan juga peserta.

Sekalung tahniah buat Pak Nil kerana mengutamakan etika kerja. Inilah contoh artis professional. Semoga cepat sembuh.

©Azurie : 'Jatuh cinta pandang pertama' kepada Pak Nil sejak melihatnya mengacarakan rancangan Pop Kuiz.

Via : MStar

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.