Jan 20, 2012

Belasungkawa Izwan Pilus


Penyanyi dan pengacara, Izwan Pilus atau nama sebenarnya Khairil Izwan Pilus telah meninggal dunia pada pukul 6.15 petang tadi di Hospital Ampang. Berita ini disahkan sendiri oleh adiknya, Aril AF7 dan juga pengurus arwah, Shaiful Shazwan.


SUASANA PILU DI HOSPITAL AMPANG

Gambar ini berkemungkinan besar adalah gambar terakhir arwah Izwan Pilus ketika mendapatkan rawatan di hospital.


Arwah dilaporkan mengalami jangkitan kuman dalam darah telah dimasukkan ke hospital setelah mengadu sesak nafas pada jam 12.30 tengah malam Jumaat dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.

Arwah muncul dalam industri muzik menerusi program realiti Bintang RTM 2004 dan pernah popular dengan lagu Kembali Senyum yang disadur dari lagu tema drama Korea, Full House dan juga Indah Lelapku.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi Sabtu.

Mari sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Izwan Pilus dan takziah kepada keluarganya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Anda boleh menyampaikan ucapan takziah untuk arwah di Facebook rasminya.

©Azurie : Pernah menonton rancangan Racik² Herba yang dihoskan oleh arwah Izwan Pilus.


Via : Mstar

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.