Jan 26, 2012

Cara Menjimatkan Kredit Smartphone


Isnin lalu, penulis telah menjadikan sebuah Samsung Galaxy S II sebagai 'teman hidup'. Di dalam keterujaan merasmikan 'si pintar' itu dengan mencuba pelbagai aplikasi, penulis tidak sedar kredit prepaid penulis sedang mengalir laju seumpama aliran air terjun Sekayu. Berpuluh ringgit juga sempat dipulunnya, mujurlah penulis 'kaya' kredit ketika itu.

Dengan pantas, penulis mencari solusi untuk menghentikan pembaziran kredit tanpa faedah. Sejurus bertemu 'penawarnya', penulis terus 'memengsankan' beberapa data yang tidak perlu.

Kaedahnya adalah seperti berikut :-


1. Settings > Location & Security > uncheck use wireless network

2. Settings > Wireless & Network > Mobile Network > uncheck data enabled / use packet data


Setelah menutup 2 menu tersebut, kredit penulis tidak lagi 'ghaib'. Rakan² yang baru menggunakan smartphone Samsung Galaxy S II sekali gus pengguna prepaid, anda perlu mematikan dua fungsi tadi agar kredit anda tidak lagi hilang dalam terang. Tetapi kalau anda kaya, tidak buat pun tidak apa.

©Azurie : Masih berfikir plan yang sesuai untuk menggunakan internet. Dengar kata, Maxis agak mahal.


Via : Android Dan Saya

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.