Jan 19, 2012

Kapal Persiaran Mewah Costa Concordia Karam


Satu peristiwa besar tercatat lagi di dalam sejarah dunia. Pada 15/1/2012 lalu, kru dan penumpang kapal persiaran mewah Costa Concordia telah mengalami babak dramatik apabila kapal tersebut telah melanggar terumbu karang. Sekitar 4000 penumpang berada di atas kapal yang ketika itu berlokasi di Pulau Isola del Giglio, Tuscany, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali. Setakat ini, 3 orang disahkan mati manakala 16 orang lagi masih hilang [info: berita ini disiarkan pada 16/1/2012, jumlah terkini pada 19/1/2012, penulis tidak tahu].

Mangsa yang terlibat dalam nahas di Laut Mediterranean ini menyifatkan detik cemas yang mereka lalui persis pengalaman menakutkan yang dialami oleh penumpang kapal Titanic. Maknanya, Costa Concordia karam dan tenggelam bak Titanic. Ini bukan cubaan, ini kenyataan!

Mari kita lihat gambar² tragedi kapal persiaran mewah Costa Concordia karam dan bakal tenggelam.


Semua penumpang masih trauma dan ianya akan mengambil sedikit masa untuk mereka memulihkan semangat seperti sediakala.

©Azurie : Semua surah yang diketahui berulangkali dibaca setiap kali menaiki feri atau pun bot. Tidak dapat dinafikan, berada di lautan luas sangat membuatkan diri ini takut. Alhamdulillah, Allah memberi perlindungan.

Via : Dailymail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.