Jan 22, 2012

Laman Muatturun MegaUpload Ditutup


Semua orang sedia maklum laman muatturun atas talian tersohor MegaUpload dihalang aksesnya di Malaysia. Kini, Megaupload bukan sahaja dilarang di negara kita malah telah ditutup. Hal ini berlaku berikutan pengasas dan pegawai² syarikat terbabit didakwa menyediakan pelbagai kemudahan muatturun terutamanya lagu dan video secara haram.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa MegaUpload sebagai punca para pemilik hak cipta kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 billion).

Jurucakap Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memaklumkan bahawa Kim Schmitz atau lebih dikenali sebagai Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas merangkap Ketua Pegawai Inovatif Megaupload.com serta tiga lagi kakitangannya telah ditangkap kelmarin di New Zealand atas permintaan beberapa pegawai Amerika Syarikat. Schmitz merupakan seorang jutawan Jerman.


BERITA TENTANG MEGAUPLOAD DITUTUP

Laman Megaupload adalah unik bukan hanya kerana ia mempunyai kandungan muat turun yang besar tetapi juga kerana ia mendapat sokongan daripada selebriti berprofil tinggi, pemuzik dan penerbit kandungan yang kerap menjadi mangsa pelanggaran hak cipta serta cetak rompak.

Ketika beroperasi, laman ini disokong oleh bintang realiti televisyen, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys, Kanye West dan beberapa selebriti lain. Suami Alicia Keys, Swizz Beatz yang merupakan seorang pemuzik ialah Ketua Pegawai Eksekutif MegaUpload. Namun, Swizz Beatz tidak dinamakan dalam pendakwaan itu.

Via : Kosmo

©Azurie : Ditutup satu, muncul seribu lagi laman perkongsian fail yang lain. Pendek kata, gejala cetak rompak sukar dimusnahkan.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.