Jan 24, 2012

Pemain Tarian Singa Menari Shuffle


Semalam, masyarakat Tionghua menyambut Tahun Baru Cina yang jatuhnya pada tahun Naga Air. Seperti kita semua tahu, tarian singa sinonim dengan perayaan penting kaum Cina ini. Tarian singa dimainkan oleh dua penari yang memakai kostum ala singa. Penari hadapan akan menggerakkan kepala singa manakala penari belakang akan mengikut rentak penari hadapan. Lazimnya, pergerakan tarian singa melibatkan akrobatik dengan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa kebaikan. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah.

Akan tetapi, apa pula jadinya kalau tarian singa tradisional dimasukkan elemen tarian terkini seperti shuffle?? Adakah ia akan merosakkan pergerakannya yang indah??


PEMAIN TARIAN SINGA MENARI SHUFFLE

Penulis serahkan kepada anda untuk menilai sendiri samada elok atau buruk apabila elemen shuffle digabungkan dengan tarian singa yang asal.

©Azurie : Pernah disuruh memberi 'ang pow' kepada singa² yang menari ketika bekerja dengan Tokei Cina dulu.


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.