Jan 31, 2012

Rayuan Aizat Amdan


Di sebalik kemeriahan Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) Ahad lepas, ada berita kurang enak terjadi di belakang tabir AJL26. Abang kepada Aizat Amdan yang juga finalis AJL26 iaitu Anas Amdan telah kehilangan Laptop Macbook Pro dan Camera Canon 60D. Insiden itu berlaku kerana ada individu telah menceroboh masuk ke bilik rehat Aizat lalu mencuri komputer riba dan kamera tersebut ketika mereka menunggu keputusan penuh AJL26.


Menurut Anas Amdan di Twitternya, pelbagai data hasil kerjanya tersimpan di dalam Macbook Pro tersebut. Anas bersedia memberikan dua buah laptop lain sebagai hadiah kepada sesiapa yang memulangkan semula laptopnya. Difahamkan Canon 60D pula hak milik seorang lagi adik Aizat iaitu Alif Amdan.


Penulis bersimpati kepada anak² pakcik Amdan ini tetapi ada dua hal penulis musykilkan.

1. Longgar sangatkah sekuriti di acara berprestij seperti AJL26 sehingga ada individu yang tiada kaitan bebas di belakang pentas atau ada 'orang dalam' sendiri yang mencuri barang berharga ini??

2. Adakah bilik rehat itu ditinggalkan kosong sehingga tiada seorang pun yang bertindak sebagai pengawal memandangkan banyak barang mahal berada disitu??


Kalau barang berharga sudah dicuri, agak susahlah hendak ditemui semula. Nasihat penulis kepada anak² muda ini, jangan tinggalkan barangan berharga tanpa pengawasan orang yang boleh dipercayai.

©Azurie : Tidak pernah memiliki laptop walaupun sudah tiga kali bertukar komputer.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.