Jan 10, 2012

Samsung Lesung Batu Jelmaan Samsung Galaxy S


Membeli barangan atas talian atau online menjadi trend terkini pengguna internet. Jika barang yang dihantar sama dengan barang yang dipesan, tentunya anda akan mengulangi perbuatan shopping online. Tetapi awas, bukan semua peniaga di internet jujur kerana barang yang diberikan kepada anda tidak setimpal dengan harga yang anda bayar. Paling malang kalau barang berkenaan bukan barang yang anda mahukan.

Kes penipuan jual beli di internet ini berlaku kepada seorang lelaki, Mohd Hazirul Hisham, 30, yang membeli Samsung Galaxy S kerana ditawarkan dengan harga murah kira² RM1,100 seunit melalui sebuah laman web. Hazirul membelanjakan RM3,250 untuk membeli 3 unit telefon tersebut tetapi Samsung Lesung Batu yang cuma bernilai RM14.50 sebuah yang diterimanya.

Menyedari ditipu oleh pemilik akaun bernama Lim Tham Kim, Hazirul melaporkan hal berkenaan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Penulis ingin berpesan kepada diri sendiri dan juga handai taulan sekalian, berwaspadalah ketika berurusniaga di dunia maya. Ambil kira semua faktor sebelum memutuskan untuk membeli barangan secara online.

©Azurie : Pernah beli novel online, nasib baik novel tidak bertukar menjadi towel.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.