Feb 29, 2012

Bayi Orang Beri Sebenarnya Anak Sendiri


Jumaat lalu, wanita berusia 23 tahun mendakwa seorang warga emas sengaja meninggalkan seorang bayi di atas alas kaki di hadapan pintu rumahnya di Kampung Beladau, Terengganu. Tanpa menunggu lebih lama, gadis itu memberitahu hal berkenaan kepada keluarga angkatnya lalu memanjangkan kes itu ke pengetahuan pihak polis. Namun, hasil penyiasatan pihak polis mendapati bahawa bayi malang itu adalah anak wanita berkenaan.


Taktik licik wanita ini terburai apabila pihak polis menjumpai bahan bukti yang boleh mengaitkan dirinya dan bayi tersebut di rumahnya. Wanita itu dipercayai melahirkan bayi tidak sah taraf itu bersendirian sebelum menyerahkannya kepada seorang kakak angkatnya sebelum dipulangkan semula dengan melakonkan adegan seolah² bayi itu dibuang oleh ibunya sendiri.

Setelah pihak polis melakukan soal siasat, akhirnya wanita itu mengakui bahawa bayi itu miliknya dan dia berbuat demikian untuk menutup malu. Polis telah menahan reman wanita tersebut dan akan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk pemeriksaan lanjut serta menjalani ujian asid deoksiribonukleik atau DNA. Kes disiasat mengikut Seksyen 371 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan Seksyen 182 kanun yang sama kerana membuat laporan palsu.

©Azurie : Wanita ini mungkin mahu memelihara anaknya tetapi menjadi ibu tanpa suami akan mengundang persepsi buruk masyarakat. Namun, caranya muncul di kaca tv dan media cetak tanpa menyembunyikan identiti diri tidak sepatutnya berlaku. Berilah dia peluang untuk menebus dosanya kerana bayinya tidak 'ditongsampahkan' seperti nasib anak² haram yang lain.


Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.