Feb 14, 2012

Farhan AF4 Bertunang


Setelah 3 tahun melalui denai cinta jarak jauh yang penuh pancaroba, Farhan Azizan atau lebih dikenali sebagai Farhan AF4 akhirnya menjadi tunangan kepada kekasihnya, Ahmad Rashdan Shuhaimi. Majlis pertunangan mereka yang sederhana telah diadakan pada pukul 3.30 petang bertarikh 12.2.2012 di The Flora, Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Pasangan ini saling mengenali sejak 2006 lagi tetapi harus berpisah sementara apabila Rashdan melanjutkan pelajarannya di United Kingdom. Pelbagai medium mereka gunakan untuk berkomunikasi agar hubungan terus terjalin. Sekembalinya Rashdan ke tanahair 4 bulan lalu, mereka sepakat untuk membawa hubungan ini ke tahap lebih serius.


Farhan menerima lima hantaran berupa kek cawan, buah anggur, bunga rampai, cincin pertunangan bersama wang pembuka hantaran, dan sirih junjung. Pihak Rashdan pula membawa pulang tujuh dulang hantaran seperti dua naskah Al-Quran, sejadah, coklat, kek cawan, kek, buah-buahan dan sirih junjung.


Farhan ♥ Rashdan merancang untuk bertunang selama setahun sebelum memikul tanggungjawab sebagai suami isteri kerana mereka perlu memantapkan karier masing² memandangkan Rashdan baru bertugas sebagai Pengurus Akaun di ibukota. Tahniah buat pasangan Farhan ♥ Rashdan.


©Azurie : Pernah terjebak dengan cinta jarak jauh, akan tetapi tiada jodoh.

Via : Gua

2 Comment

prihatin2008 Sat Feb 18, 11:43:00 AM

SALAM, MANA GAMBAR TUNANGANNYA??? tak lengkap cerita tanpa gambar satu pihak lagi...

Eriyza Sat Feb 18, 12:42:00 PM

@prihatin2008:
Wsalam. Tunang Farhan tak hadir masa majlis bertunang. Nanti sy letak gambar mereka ye.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.