Feb 29, 2012

Ford Ranger Rempuh Butik Pakaian


Dentuman kuat yang disangka bunyi bangunan runtuh sebenarnya bunyi perlanggaran antara kenderaan dan bangunan. Sebuah pacuan 4 roda jenis Ford Ranger telah merempuh sebuah butik pakaian di Dataran Pahlawan Mega­mall, Jalan Merdeka. Kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia lingkungan 30an tidak mengalami kecederaan parah selain berdarah di bahagian dahi.

Kejadian itu disedari oleh Shyam Babu Sah, 26, seorang penyelia pembersihan warga Nepal yang sedang meronda di dalam bangunan tersebut.


“Saya berlari selepas terdengar bunyi seperti bangunan runtuh. Tapi, apabila saya keluar, saya lihat sebuah kereta jenis Ford Ranger telah merempuh bahagian hadapan sebuah butik pakaian.”

“Kereta itu dipercayai datang dari arah bertentangan sebelum memasuki kaki lima bertangga, lalu merempuh butik menyebabkan sebahagian cermin pecah.”

Petikan Sinar Harian


Kalau Wira dan Chery yang merempuh bangunan dipandu oleh wanita, Ford Ranger ini pula pemandunya ialah lelaki.

©Azurie : Pernah naik Ford Ranger sekali.


Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.