Feb 7, 2012

Hikmat Daun Sirih Untuk Kertas Bahasa Inggeris


Mungkin manusia zaman sekarang sudah tidak peduli malah tidak kenal azimat dan tangkal yang sering kali dikaitkan dengan kuasa yang memberi kekuatan kepada si pemakainya. Di dalam memacu zaman moden, masih ada segelintir orang yang percaya kepada 'kuasa' azimat malah ianya bukan golongan tua tetapi pemuda yang bergelar mahasiswa. Mereka sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan azimat daun sirih. Inilah kisahnya dalam Edisi Siasat Bersama Eriyza.

Ada sebahagian penuntut institut pengajian tinggi masih mempercayai bahawa mantera yang dibaca pada daun sirih boleh membantu mereka untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Sirih yang diberi jolokan 'daun sirih hikmat' itu boleh didapatkan dari bomoh jika boleh membayar harganya sebanyak RM350.


Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.

Petikan Harian Metro


Nampaknya, pengawas peperiksaan perlu memeriksa poket seluar pelajar agar daun sirih hikmat tidak lagi menjadi 'syarat' untuk lulus peperiksaan Bahasa Inggeris. Tiada jalan pintas untuk berjaya selain dari usaha, doa dan tawakal. Tidak berani meletakkan hukum di topik ini kerana tidak arif.

©Azurie : Ada pokok sirih di tepi rumah tetapi tidak pernah bawa daun sirih ketika mengambil peperiksaan di sekolah. Kini, masih menunggu sirih junjung.


Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.