Feb 22, 2012

Lisa Surihani Mandi Bunga


1Malaysia sudah dicanang tentang pernikahan pasangan popular Yusry ♥ Lisa Surihani pada pagi Khamis, 23 Februari di Hotel Marriott, Putrajaya. Menjelang momen indah diijabkabulkan, Lisa mempersiapkan diri untuk kelihatan menarik sebelum bergelar isteri kepada Yusry yang dicintai. Justeru, tiga adat lama perlu dilalui olehnya sebagai tanda bersedia untuk berkahwin.

Justeru, pada 17 Februari lalu, Lisa telah menjalani upacara mandi bunga di rumah sahabatnya yang bernama Huda. Kemudian, dia melakukan pula adat berinai. Majlis khatam Al-Quran turut dilakukan oleh Lisa dengan bergurukan Julie Sudiro seminggu sebelum acara khatam Al-Quran berlangsung. Ketiga² acara tersebut hanya dihadiri oleh sanak saudara dan rakan² perempuannya sahaja.



Menurut Lisa, semua adat itu dilakukan atas permintaan ibunya yang mahu menghidupkan semula amalan nenek moyang yang semakin terpinggir.

Lisa oh Lisa, mengapa tidak ditentang sahaja adat yang berlawanan dengan ajaran Islam?? Kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada amalan mengarut yang perlu dibuat tanpa sandaran hadis dan sunnah. Ingat, adat bukan ibadat.

©Azurie : Ingatkan mandi bunga untuk orang yang lewat jodoh saja, rupanya yang sudah ada jodoh pun kena mandi bunga juga?? Kecewa dengan Lisa Surihani kerana tidak membantah adat yang salah.

Via : 2DayBlogger

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.