Feb 22, 2012

Misha Omar Bertunang


Cik mek molek yang merupakan pelantun bagi lagu Bunga-bunga Cinta akhirnya bertunang dengan pilihan hatinya. Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar, 30, telah melangsungkan pertunangan dengan Firos Ezzwan Rossly, 30, di rumahnya yang berlokasi di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.


Ibu Firos, Asmah Kenin telah menyarung cincin merisik dan tunang di jari manis bakal menantunya sebagai tanda merestui hubungan Misha dan Firos yang sudah saling mengenali sejak 5 tahun lalu.


Misha kelihatan sebak sebaik bergelar tunangan orang kerana terlalu banyak spekulasi dicalit padanya termasuk dituduh menjadi isteri muda kepada seorang ahli perniagaan.


Firos menghantar 5 dulang hantaran dan turut dibalas dengan jumlah yang sama oleh pihak perempuan. Misha mengenakan busana rona biru rekaan Syaiful Bahrim manakala wajahnya ditatarias oleh jurusolek Chommel.


Ketika ditanya tentang tarikh kahwinnya, Misha tidak menolak akan disatukan pada tahun ini juga tetapi belum ada tarikh khusus. Misha menyifatkan Firos yang juga juruterbang MAS sebagai lelaki yang memenuhi ciri² suami idamannya selain tiada masalah untuk menerima anak angkatnya, Muhammad Adam Emir.

Tahniah buat Misha Omar dan Firos Ezzwan di atas pertunangan kalian.

©Azurie : Bukan peminat Misha Omar mahu pun Fizo Omar.

Via : Gua

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.