Feb 12, 2012

Whitney Houston Meninggal Dunia


Selebriti berkulit hitam yang mempunyai lantunan vokal yang tinggi, Whitney Houston ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi oleh pengawal peribadinya di hotel Beverly Hilton. Sekumpulan paramedik cuba menyelamatkan Whitney dengan melakukan CPR tetapi gagal, mendiang disahkan meninggal dunia pada pukul 3.55 petang hari Sabtu hanya beberapa jam sebelum tampil dalam persembahan di Grammy Awards ke-54. Punca sebenar kematian artis berusia 49 tahun ini belum dapat dipastikan tetapi Whitney terlibat dengan dadah.

Whitney antara penyanyi yang mempunyai suara yang merdu dan telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang kariernya. Dia memenangi dua Emmy Awards, enam Grammy Awards, 30 Billboard Music Awards, 22 American Music Awards. Album "Whitney" menjadi album wanita pertama yang menduduki tempat #1 dalam Billboard Charts. Albumnya berjaya dijual sebanyak 200 juta di seluruh dunia.

Whitney berkahwin dengan Bobby Brown pada tahun 1992 dan bercerai pada 2007. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Bobbi Kristina. Selain menyanyi, Whitney juga terjun ke bidang lakonan. Filem The Bodyguard lakonannya bersama Kevin Costner pada tahun 1992 menjadi box-office. Malah lagu tema filem tersebut yang berjudul I Will Always Love You turut menjadi siulan ramai.


VIDEO LAPORAN KEMATIAN WHITNEY HOUSTON DI ABC NEWS

©Azurie : Suka dengan lantunan vokal Whitney Houston. Selain lagu popular I Will Always Love You, suka juga layan lagu One Moment In Time sebab liriknya memberi inspirasi. Whitney, thanks for all the wonderful moments with your songs!

Via : TMZ

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.