Mar 4, 2012

Lebam Dirotan Kerana Ejek Rakan


Gara² mengejek rakan²nya yang lain, Amir Azamuddin yang berusia 14 tahun menerima 'hadiah' di badan daripada ustaznya. Amir yang belajar di Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rashidin, Alor Gajah telah disebat dengan rotan sebanyak 10 kali di belakang, bahu kiri dan kedua-dua betis sehingga lebam-lebam dan luka. Perkara itu disahkan oleh ayahnya sendiri, Abdul Rahim, 37, yang mendakwa kejadian itu berlaku pukul 7.30 pagi pada hari Khamis lalu.

Amir memberitahu kes mengejek antara satu sama lain terjadi di asrama mereka di Taman Seri Bayu, Alor Gajah pada malam Rabu. Namun, hal tersebut diadukan oleh seorang murid kepada ustaz berkenaan pada keesokan harinya.


"Saya tidak kisah anak saya dirotan tetapi biarlah hukuman itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan bukan ikut emosi sampai cedera."

"Sebaik menerima aduan, guru itu yang juga seorang ustaz berjumpa anak saya dan tiga lagi rakannya sebelum merotan mereka."

Petikan Kosmo!


Abdul Rahim ternyata tidak berpuas hati apabila mendapati anaknya dihukum 10 sebatan sedangkan rakan²nya yang lain hanya dirotan antara 4 hingga 5 sebatan sahaja.

©Azurie : Selalu juga kena hukum dengan pemegang bulu ayam di sekolah tetapi tidaklah sampai lebam dan luka.

Via : Kosmo! target=

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.