Mar 23, 2012

Mari Layari Youtube Malaysia


Woohaa! Tahniah kepada rakyat 1Malaysia kerana laman perkongsian video terbesar dunia, Youtube telah memilih negara bertuah ini sebagai negara ke 42 yang menerima domain Youtube yang akan dikenali sebagai Youtube Malaysia. Pengarah Pembangunan Produk Asia Pasifik YouTube, Adam Smith telah pun melancarkan perasmian Youtube Malaysia di Kuala Lumpur pada hari Khamis bersamaan 22 Mac 2012.


VIDEO SELAMAT DATANG KE MALAYSIA, YOUTUBE

Pelancaran Youtube Malaysia sekaligus akan memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan lebih banyak video yang dimuatnaik oleh rakyat Malaysia sendiri sama ada individu atau syarikat terkemuka. Carian yang dilakukan oleh anda akan diberi keutamaan kepada video tempatan dahulu.

Jika anda berada di Malaysia, Youtube secara automatik akan mengesan lokasi anda dan menghantar anda ke Youtube Malaysia. Sesiapa sahaja yang berminat dalam kandungan Malaysia tetapi tinggal di luar negara boleh sampai ke laman utama dengan hanya memilih "Malaysia" dalam seksyen Lokasi di bahagian bawah halaman.

Antara fenomena Malaysia yang mendapat tontonan tertinggi di Malaysia ialah lamaran romantik dari bos Nuffnang, Zee Avi dengan Kantoi, pakar meniru gaya artis iaitu Cikgu Shida dan ramai lagi. Itu belum lagi dihitung dengan kemunculan artis² Youtube yang berjaya meraih jutaan klik untuk video nyanyian mereka.

Youtube Malaysia sudah boleh mula dilayari. Ayuh, ucapkan tahniah kepada diri anda sendiri kerana sudah menjadi komuniti Youtube Malaysia. Terima kasih kepada bintang KPop yang menhantar ucapan tahniah seperti Beast, 2NE1, Miss A, Jang Keun Suk, Sistar dan Infinite.

©Azurie : Mana FT Island?? Awat tak ucap tahniah ni??

Via : Youtube Blog

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.