Mar 19, 2012

Syahamah Juara Adik-Adikku 2012


Tanpa hebahan meluas, program Adik-Adikku sudah sampai ke peringkat akhir. Seramai 5 orang peserta akan berentap di pentas akhir yang disiarkan terus menerus oleh RTM1 dari Dewan Plenary, PICC, Putrajaya. Adik Nurussyahamah Taqiah binti Nurunnajmi telah muncul sebagai juara rancangan Adik-adikku musim ke-3. Kemenangan gadis cilik dari Terengganu ini sekaligus menewaskan 4 lagi peserta.


Peserta dari Brunei, adik Nurkhairiah Afiqah Binti Metamit mendapat tempat kedua.


Adik Muhammad Iqbal Zahin Bin Mustafa Kamal dari Pahang pula menduduki tempat ketiga.

Dua peserta lain sekadar mendapat hadiah saguhati iaitu adik Muhammad Rafiuddin Rafdi Bin Roslan dan adik Raja Nur Shazatul Aisyah Binti Raja Idris Shah.

Untuk pengetahuan kalian, Syahamah pernah mewakili Malaysia untuk pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Kanak-kanak (Antarabangsa, Qatar) 2011 yang berlangsung di Doha, Qatar dan meraih tempat ketiga. Tahniah kepada semua pemenang. Da'ie cilik seperti adik² semua amat diperlukan di dalam masyarakat yang sudah semakin pupus nilai² nurni dalam diri.

©Azurie : Terpegun melihat kepetahan daie² kecil mengupas isi pidato masing² tanpa riak gentar di wajah, yakin dan lantang bersuara di khalayak ramai.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.