Apr 24, 2012

Bola Hanyut Dari Rikuzentakata Ke Alaska


Jika mangsa tsunami Jepun bertemu semula dengan penyelamatnya setelah setahun tragedi itu berlaku, tidak mustahil sebiji bola boleh bersatu semula dengan pemiliknya walaupun telah 'berkelana' jutaan kilometer di Lautan Pasifik.


VIDEO MISAKI MURAKAMI

Misaki Murakami yang kehilangan semua barang berharga apabila rumahnya dilarikan ombak besar tsunami pada 11 Mac 2011 bakal 'bersatu' semula dengan sebiji bola sepak miliknya.

Bola sepak itu telah ditemui oleh David Baxter di Pantai Middleton, Alaska pada Mac tahun lepas. Oleh kerana isteri David berbangsa Jepun, maka dia telah menterjemahkan semula tulisan yang terdapat pada bola tersebut sehinggalah pemiliknya berjaya dikenalpasti. Tertera nama Misaki Murakami dan mesej² semangat dari rakan²nya pada bola sepak tersebut memudahkan usaha pencarian. Selain bola sepak, David turut menjumpai sebiji bola tampar yang juga bertulisan Jepun.

Remaja berusia 16 tahun itu terselamat ketika tsunami membadai kampung Rikuzentakata di timur laut Jepun. Menurut Misaki, bola sepak itu mempunyai kenangan sentimental padanya kerana ia ditandatangani oleh guru dan rakan sekolahnya ketika dia berpindah dari sekolah rendah pada tahun 2005.

Inilah kisah unik yang dipertontonkan kepada masyarakat dunia untuk menunjukkan kekuasaan Allah. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari cerita ini.

©Eriyza : Peristiwa tsunami Jepun masih segar di ingatan.

Via : Kosmo! | Dailymail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.