Apr 30, 2012

Doktor Leonid Rogozov Membedah Diri Sendiri


Pada 29 April 1961, Doktor Leonid Rogozov yang menyertai Ekspedisi Soviet Antartika bersama 13 orang lagi di Novolazarevskaya, Antartika telah mengalami rasa lemah, loya, demam dan sakit di bahagian bawah kanan abdomen. Pada hari berikutnya, suhu badannya semakin tinggi dan dia mengdiagnosis dirinya diserang appendik. Stesen penyelidikan Antartika tidak mempunyai pesawat. Keadaan ribut salji yang teruk menghalang dia untuk mendapatkan bantuan. Oleh kerana dia satu²nya orang yang mahir merawat di situ, doktor berusia 27 tahun itu nekad untuk menjalankan pembedahan ke atas dirinya sendiri.

Menjelang malam 30 April 1961, Doktor Leonid telah dibantu oleh seorang jurutera mekanikal dan ahli meteorologi yang telah diberikan arahan perubatan dan memegang sebuah cermin kecil di perutnya. Dia berbaring mengiring separuh ke sebelah kiri lalu membius dan membuat insisi 12cm di bahagian yang betul dengan pisau bedah. Sama ada menonton dalam cermin atau dengan sentuhan, dia menyuntik antibiotik dalam rongga abdomen.


Rasa loya dan pening membuatkan Leonid berhenti seketika untuk berehat selepas 30 atau 40 minit pembedahan berlangsung. Doktor Leonid telah sukses dalam operasi pembedahan yang mengambil masa selama 1 jam dan 45 minit itu. Selepas lima hari berlalu, suhu badannya kembali normal dan dia membuang jahitan selepas tujuh hari pembedahan berlaku.


Keberanian Doktor Leonid Rogozov menjalani pembedahan ke atas dirinya sendiri telah tersebar dengan cepat. Dia dijulang sebagai hero pembedahan di dalam sejarah perubatan. Semestinya, dia menjadi kebanggaan para doktor di seluruh dunia. Pada tahun yang sama, doktor bedah ini dianugerahkan Order of the Red Banner of Labour. Doktor ini meninggal dunia pada 21 September 2000 akibat kanser paru-paru.

©Eriyza : Sedang mencari Doktor Cinta.

Via : Englishrussia | Wikipedia

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.