Apr 5, 2012

Leeteuk Super Junior Dedah Nombor Telefon Di Twitter


Pada 1 April lalu, ketua kumpulan Super Junior tersohor dari Korea, Leeteuk telah membuat kejutan untuk peminatnya. Dia telah memberikan nombor telefonnya secara umum di laman sosial Twitter miliknya. Memandangkan ahli Super Junior atau lebih popular sebagai SuJu yang lain turut mempermainkan peminatnya pada hari tersebut, maka ramailah yang menyangka bahawa nombor telefon yang diberi oleh Leeteuk adalah palsu.

Pada mulanya, Leeteuk meletakkan nombor telefonnya dengan meninggalkan tanda tanya pada 4 digit terakhir. Justeru, peminat fanatik berusaha meneka 4 digit nombor tersebut dengan membuat panggilan rambang sehingga mengganggu pengguna telefon lain yang mempunyai nombor hampir serupa.

Setelah puas berseronok dengan peminat, akhirnya bintang berusia 28 tahun ini mendedahkan nombor telefon peribadinya iaitu 010144601117 dan menegaskan bahawa ia dijamin 100% adalah benar.


Dalam masa 5 minit, Leeteuk menerima beratus panggilan suara, panggilan video, sms dan juga Kakao Talk di IPhonenya. Natijahnya, telefon Leeteuk padam sendiri berikutan 'terlebih muatan'.

Menurut Leeteuk, dia tidak akan menukar nombor telefon bimbitnya dalam masa terdekat kerana ia salah satu cara untuknya berhubung dengan peminat.

©Eriyza : Nak bagi nombor telefon untuk peminat juga. Eh eh eh, lupa pula, diriku ini bukan artis.

Via : Kpopedia

1 Comment

Lizawati Abdul Aziz Mon Apr 20, 07:57:00 PM

betul ke ni

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.