Apr 16, 2012

Lima Beradik Bersanding Serentak


Satu keluarga memahat memori indah pada 15 April 2012 apabila 5 beradik disandingkan serentak dengan pasangan masing² di Dewan Perbandaran Kamunting, Taiping, Perak. Persandingan serentak ini menjadi kenyataan apabila semua ahli keluarga pengantin yang terlibat bersetuju mengembleng tenaga untuk menjayakannya.

Majlis resepsi ini diadakan oleh ibu bapa pengantin iaitu Mohd Idrus, 59, dan isteri, Faridah Budin, 57, bagi meraikan pernikahan 5 orang putera dan puteri mereka bersama pasangan masing². Antara pasangan pengantin baru tersebut ialah :-

Illyana Mohd Idrus (31) Jamalullail Nordin (31)
Izzwan Mohd Idrus (30) Elyana Zizie Mohd Tarmizi (30)
Izzad Mohd Idrus (29) Nurdidi Zainuddin (29)
Iqram Mohd Idrus (26) Azalia Ibrahim (25)
Izzman Mohd Idrus (25) Siti Hajar Ahmad (25)

Majlis yang menelan belanja kira² RM50,000 ini turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Adun Aulong, Tew Tian Hoe selain 1000 tetamu yang lain.

©Eriyza : Selamat pengantin baru kepada anak² Pakcik Idrus 5 bersaudara. Semoga pernikahan kalian kekal sehingga akhir hayat.


Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.