Apr 28, 2012

Majlis Akad Nikah Fasha Sandha ♥ Rizal Ashram


Pasangan ini pernah menyulam cinta, kecewa putus cinta dan menyimpul semula ikatan cinta mereka sebelum bersatu di dalam rindu. Ternyata jodoh Nur Fasha Sandha ♥ Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) telah tertulis di azali, maka mereka sepakat untuk menjadi pasangan halal pada tarikh 27 April 2012. Jejai sah menjadi milik Fasha pada detik 9.45 malam setelah dua kali akad nikah yang disempurnakan sendiri oleh mentuanya, Hassan Bin Haji Moiddeen.


VIDEO AKAD NIKAH RIZAL ASHRAM ♥ FASHA SANDHA

Pernikahan pasangan ini telah berlangsung di tingkat 30, Windows on KL, Crowne Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 300 orang tetamu termasuklah ahli keluarga, teman rapat, rakan artis dan pihak media.

Fasha menggayakan busana kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini manakala Saidatulnisa diberi kepercayaan untuk merias wajahnya. Pengantin lelaki memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka secara eksklusif di pusat peranginan Bali, Indonesia dan akan dihadiri oleh 100 jemputan khas sahaja. Mereka juga menolak sebarang tajaan dari pihak lain kerana mahu merakamkan momen indah ini dengan wang mereka sendiri.

Jom cuci mata tengok gambar pernikahan Fasha ♥ Jejai.


Selamat Pengantin Baru Nur Fasha Sandha ♥ Toh Muda Rizal Ashram. Bentuklah rumahtangga kalian mengikut acuan Islam.

©Eriyza : Tumpang gembira untuk Fasha Sandha tetapi turut merasai derita Nora Danish.

Via : Oh Bulan!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.