Apr 26, 2012

Pelajar Didenda Makan Cili Padi


Seorang pelajar lelaki dari sekolah agama swasta di Taiping telah dikenakan hukuman denda memakan cili padi akibat mengoyak buku sebagai tanda protes kerana tidak dibenarkan menghubungi ibunya. Lebih malang lagi apabila pelajar yang berusia 10 tahun itu tidak diberi minum air langsung walaupun kepedasan.

Disebabkan denda tersebut, Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping dan disahkan mengalami Acute Gastritis (gastrik) dan trauma terhadap makanan bercili.

Ibu mangsa, Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, kesal kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepadanya bahawa anaknya mengalami asma selepas memakan cili itu.


“Lebih memilukan, saya tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan kesakitan.

“Keadaan itu diceritakan oleh bapa salah seorang pelajar yang kebetulan melihat Ainul Aiman Hafiz terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

“Ketika lawatan guru-guru sekolah itu ke hospital ini, mereka mengaku ada memberikan cili padi dan menerangkan bahawa hukuman itu adalah biasa di sekolah berkenaan.

“Mereka maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi kebenaran mengenakan hukuman tersebut dan mereka mengaku tersalah bagi hukuman kepada anak saya,” katanya.

“Saya tergerak hati untuk menelefon sekolah, barulah mereka beritahu keadaan anak saya tidak mahu makan menyebabkan saya pergi mengambilnya dan barulah perkara ini terbongkar.

“Anak saya diwadkan selama empat hari bermula 15 April lalu. Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan saya dinasihatkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri untuk bertemu dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi mengadu perkara ini.

Petikan Sinar Harian


Penulis fikir denda yang dikenakan oleh pihak sekolah swasta ini tidak wajar sama sekali. Masih ada banyak lagi hukuman lain yang boleh digunakan untuk mendisiplinkan pelajar. Misalnya murid boleh disuruh menghafal surah atau menyalin tulisan jawi sesuai dengan statusnya sebagai pelajar sekolah agama.

©Eriyza : Hukuman rasmi untuk pelajar nakal adalah tazkirah percuma.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.