Apr 23, 2012

Reen Rahim Juara Pilih Kasih 3


Program Pilih Kasih 3 menamatkan pencariannya secara rasmi sebentar tadi. Reen Rahim telah muncul sebagai juara Pilih Kasih 3 menewaskan 8 lagi peserta lain iaitu Fareth Agang, Hakim Yazid, Heri Aszmo, Jalius Jaibin dan Nizen Ayob, Marina Jose, Sura Sojangi dan Theera Alias. Rancangan ini dipancarkan secara langsung di TV2 pada pukul 9 malam telah bersiaran dari Pusat Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban.

Anak kelahiran Selangor ini mendapat undian SMS tertinggi dan dicampur 50% markah daripada penerbit program iaitu Rosyam Noor. Reen Rahim turut membawa pulang wang tunai RM10,000, sijil simpanan premium bernilai RM25,000, barang kemas dan baucer percutian ke Bali.


Berikut senarai penuh pemenang Pilih Kasih 3 :-


TEMPAT PERTAMA - REEN RAHIM
WANG TUNAI RM10,000 + TROFI + HADIAH IRINGAN


TEMPAT KEDUA - HAKIM YAZID
WANG TUNAI RM5,000 + TROFI + HADIAH IRINGAN


TEMPAT KETIGA - MARINA JOSE
WANG TUNAI RM3,000 + TROFI + HADIAH IRINGAN


PELAKON TERBAIK TELEKOM MALAYSIA (TM) - SURA SOJANGI


Pilih Kasih adalah sebuah program realiti mencari bakat baru menerusi bidang lakonan terbitan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bersama Suhan Movie dan Trading Sdn. Bhd. dengan kerjasama TM yang disiarkan di TV2 sejak 5 Februari lalu. Tahun ini merupakan tahun ketiga penerbitannya dan mungkin tahun terakhir diadakan.

©Eriyza : Suka tengok teater dalam Pilih Kasih.


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.